Friday, June 11, 2010

Rebut merebut punya hal

Kat jalanraya kena banyak bersabar gan kerenah gan pe-el cam2 manusia. Ada yang potong queque, ada yang suke cucuk2, pancung, cilok sane sini. Memang menguji kesabaran. Tapi pelik tak? Kat tol pun boleh jadi camni.
Tak faham aku canelah drebar kete ni. Dua-dua tak tahu sabar.
Eksited sangat nak kuarkan duit bayar tol gamaknye.

Owh ye, Minggu ni last wik school holiday la.
Pada yang nak balik kampung nanti tu hati-hati di jalanraya. Semoga selamat sampai ke destinasi. Jangan ikut perangai tak sabar macam dalam gambar atas ni. Nanti da jadi camtu mesti malu nak kuar kete. Nak2 pulak kalau ade orang amik gambar. Abes terjaja 1 dunie..
wahahaaaaahahaha...

Thursday, June 10, 2010

Pelik itu unik

Kalau nak makan kat luar ape kriteria restoran/ kedai makan yang korang suke?
Ada yang jawab kebersihan, makanan best/sedap, layanan yang mesra & ada jugak yang jawab konsep yang menarik...

Haaa.. cakap pasal konsep yang menarik ni, macam mane pulak dengan konsep yang pelik? Suke tak? yelah.. ada orang yang sukakan kelainan. Maklumlah, dunia ni macam2 ragam kan. Jom kita tengok konsep restoran yang pelik2.



1. Di awan tinggi
Menjamu selera pada ketinggian 136 kaki di udara.
Setiap pelanggan akan duduk di kerusi yang dilengkapi tali pinggang keselamatan.
Orang yang gayat mesti tak boleh nak makan dalam keadaaan camni.


2. Dasar lautWaaaa.. Syok tu. Makan dalam keadaan macamni. KatConrad Maldives Rangali Island resort, pengunjung boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan 16 kaki di dasar laut. Dapat tengok segala macam jenis ikan berenang kat atas kepala, sisi kiri dan juga kanan. Bawah aje takde.


3. Tersejuk
Ni kalau sape yang asyik rasa panas, panas, panas.. Bolehlah korang makan kat sini. Rasakan kesejukkannya. Wahaaaahaa. Suhu kat restoran ni -5 darjah celcius. Kena pakai baju 5,6 lapis, kalau tak, aje menempah demam.
Cantik pulak restoran ni bila diterangi dengan lampu2,


4.Bukan hospital tapi restoran.
Ish.. aku rasa sape yang pernah masuk hopsital tu mesti pikir 2,3 kali nak makan kat restoran macamni. Restoran ni kat Singapura.



5. Tandas, ada selera mahu makan?
Restoran berkonsepkan tandas.. berselera kah korang nak makan? Kalau tak selera, takpe.. ramai lagi orang kat luar sane yang berselera.. Silakan duduk kat mangkuk tandas.. wahahaaa...
Restoran ni ada 12 cawangan di seluruh Asia termasuk Hong Kong



6. Ninja punya tempat makan
Restoran ni pulak kat New York. Bukan restoran Jepun yang biasa, pelayannya berpakaian seperti ninja. Ala2 gelap konsepnya kan, macam dalam gua pun ada.


Waa.. macam2 idea dorang ni kan. Kreatif. Bagus jugak sebab dalam perniagaan kita kena cari konsep yang unik supaya lain dari yang lain. Taklah sepesen aje. Bila unik mesti orang rasa teruja nak cuba kan, tapi jangan harap unik aje, kualiti dan segala aspek lain perlu gak diambil kira.