







Berhenti Merokok
Kesan Berhenti Merokok:
Pada 20 minit Berhenti merokok:
* Tekanan darah mula menurun.
* Nadi menurun.
* Suhu badan pada tangan dan kaki meningkat
Pada 6 jam
* nadi akan lebih perlahan ke paras yang lebih normal
* tekanan darah akan menurun sedikit. Ini amat baik untuk jantung anda.
Pada 8 jam
* Tahap karbon monoksida dalam darah menurun.
* Tahap oksigen dalam darah kembali normal.
Pada 24 jam
* Peluang untuk mendapat serangan jantung menurun.
* karbon monoksida iaitu salah satu jenis gas beracun akan mula lenyap dari
tubuh,
* membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel dalam tubuh.
* Paru-paru akan dapat berfungsi dengan lebih baik.
Pada 48 jam
* Deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati
kelazatan makanan, lebih dibandingkan semasa anda merokok.
* Deria menghidu akan pulih seperti sediakala.
* Gigi, rambut, jari, pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.
Pada 2 - 3 minggu
* Peredaran darah di badan bertambah baik.
* Peningkatan stamina.
* Fungsi paru-paru bertambah baik.
Pada 2 bulan
* peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi
seperti jejari tangan dan kaki (termasok alat sulit lelaki) menjadi lebih efisien.
Pada 3 bulan
* kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebih subur (tak perlu tongkat ali)
Adakah Berbaloi Untuk Berhenti Merokok ?
* Risiko kesihatan akan menurun secara mendadak.
* Selepas 15-20 tahun risiko penyakit paru-paru sama seperti bukan perokok.
* Selepas 15-20 tahun risiko penyakit jantung koronari adalah sama seperti orang tidak
merokok.
* Berhenti merokok akan memperbaiki simptom-simptom penyakit asma, amfisema dan
jantung koronari.
* Berhenti merokok sebelum pertengahan umur akan mengurangkan risiko kesihatan sama
seperti bukan perokok.
aku ni dah mcm nak berkempen plak huhuhu
8 comments:
bgs ko eriq
mudahanla perokok tegar diluar sana
sedor diri
aminnnnnnnnnnnnn ya rabbal 'alamin
nak wat cam ne bro...dah terjebak
banyak kali try ni nk stop x boley2 gak...
cam no 2??
takotnya tengok gambr2 tu..wahai perokok sekalian tk takot ke tengok gambar tu..
huhuhuh.. sedihnye tengok atok tu b.... kesian... uhuhuhuhu :(
omg..creepy giler gmbr2 tuh. thx god i've never smoke b4...klu x dh blubang dh pipi nih..
tao xpe.. buang duit je rokok ni wahai insan insani
mentang2 dah benti merokok..
Salam kenal sahabat
Kesian atuk tu
Itulah bahana merokok
Post a Comment