Monday, May 31, 2010

Tak sangka Besttt..

Petang Ahad semalam baru berpeluang tengok movie Prince of Persia : The Sands of Time,


Movie ni sebenarnya telah diadaptasikan oleh Walt Disney dari video game Prince of Persia(Ubisoft).
Movie ni memang best..Mantap. Memula gf aku tengok dalam review kat web2 movie, dia cakap banyak orang kritik movie ni tak best, dia ajak aku tengok movie kartun hijau, tapi aku tak peduli. Nak gak tengok movie ni dan menilai sendiri. Maklumlah lain orang lain citarasa kan.

Prince of Persia : The Sands of Time, mengisahkan anak yatim piatu yang bernama Dastan yang telah diambil sebagai anak angkat oleh Raja Sharaman kerana terpegun melihatnya aksinya,

Setelah membesar,

Dastan telah diarahkan oleh Nizam (adik kepada Raja Sharaman) untuk menyerang Holy City of Alamut kerana negara itu dipercayai telah membekalkan senjata kepada musuh Persia,
Dari kiri: Nizam, Dastan, Tus (anak kandung Raja Sharaman)


Dastan telah berjaya dalam menawan Holy Ciy of Alamut yang diperintah oleh seorang puteri yang bernama Tamina.


Dastan adalah kesayangan raja Sharaman kerana kebijaksanaannya. Malangnya ketika ni ,
Raja Sharaman mati secara misteri ketika memakai jubah yang dihadiahkan oleh Dastan. Dastan telah dituduh sebagai pembunuh dan Dastan telah diburu.
Bermulalah episod pelariannya seterusnya mencari kebenaran demi membuktikan dia tidak bersalah.
Namun pelarian tersebut disertai oleh Tamina, Puteri dari kerajaan 'Holy City of Alamut' yang telah dijatuhkan oleh Dastan,
Penyamaran terpaksa dilakukan kerana Dastan diburu oleh tentera Parsi atas tuduhan membunuh Raja Sharaman.
Dastan telah menyedari bahawa senjata yang di ambil olehnya dari kerajaan Holy City of Alamut mempunyai magis.
Senjata ini dapat mengudurkan masa.


Dan seterusnya....
Apa kate korang try gi tengok. Nanti kalau citer bebanyak tak best pulak kan...
Perh.. sape boleh wat camtu?
Movie ni memang penuh gan aksi. Tak henti2 lawan..lawan..lawan. Sape yang suke filem aksi, mesti tengok citer ni,

Watak yang banyak membantu dalam citer ni,
Paling lawak watak yang kiri tu asyik sebut pasal cukai.. semua orang dalam panggung ketawa.

Tengok tu time pengambaran. Hero ni memang hebat. Adeh aje terseliuh pinggang kalau aku wat camtu. huhu..

Bukan setakat lawan2,scene cintan cintun pun ada gak,

Memang kena gandingan hero & heroinnya. Menyengat..


Mana satu penjahat? Pepandai korang lah teka..hihii..
Amcam.. nak tengok tak?

4 comments:

dLa said...

wahhhhh. nie kne g tgk nieee.

AngahSayang2314 said...

erieq macam best jer cita nie... hehehe tapi sudi ke hubby tengok sebab dah ada gegirl silap hari bulan gegirl bising dalam tue .... wwawawawa

Kaseh NazLieza said...

bestnyer dh tgk..mngidam nk tgk gak ni..

nursarah said...

arghh! nk tengokkkk!