Monday, May 31, 2010

Tak sangka Besttt..

Petang Ahad semalam baru berpeluang tengok movie Prince of Persia : The Sands of Time,


Movie ni sebenarnya telah diadaptasikan oleh Walt Disney dari video game Prince of Persia(Ubisoft).
Movie ni memang best..Mantap. Memula gf aku tengok dalam review kat web2 movie, dia cakap banyak orang kritik movie ni tak best, dia ajak aku tengok movie kartun hijau, tapi aku tak peduli. Nak gak tengok movie ni dan menilai sendiri. Maklumlah lain orang lain citarasa kan.

Prince of Persia : The Sands of Time, mengisahkan anak yatim piatu yang bernama Dastan yang telah diambil sebagai anak angkat oleh Raja Sharaman kerana terpegun melihatnya aksinya,

Setelah membesar,

Dastan telah diarahkan oleh Nizam (adik kepada Raja Sharaman) untuk menyerang Holy City of Alamut kerana negara itu dipercayai telah membekalkan senjata kepada musuh Persia,
Dari kiri: Nizam, Dastan, Tus (anak kandung Raja Sharaman)


Dastan telah berjaya dalam menawan Holy Ciy of Alamut yang diperintah oleh seorang puteri yang bernama Tamina.


Dastan adalah kesayangan raja Sharaman kerana kebijaksanaannya. Malangnya ketika ni ,
Raja Sharaman mati secara misteri ketika memakai jubah yang dihadiahkan oleh Dastan. Dastan telah dituduh sebagai pembunuh dan Dastan telah diburu.
Bermulalah episod pelariannya seterusnya mencari kebenaran demi membuktikan dia tidak bersalah.
Namun pelarian tersebut disertai oleh Tamina, Puteri dari kerajaan 'Holy City of Alamut' yang telah dijatuhkan oleh Dastan,
Penyamaran terpaksa dilakukan kerana Dastan diburu oleh tentera Parsi atas tuduhan membunuh Raja Sharaman.
Dastan telah menyedari bahawa senjata yang di ambil olehnya dari kerajaan Holy City of Alamut mempunyai magis.
Senjata ini dapat mengudurkan masa.


Dan seterusnya....
Apa kate korang try gi tengok. Nanti kalau citer bebanyak tak best pulak kan...
Perh.. sape boleh wat camtu?
Movie ni memang penuh gan aksi. Tak henti2 lawan..lawan..lawan. Sape yang suke filem aksi, mesti tengok citer ni,

Watak yang banyak membantu dalam citer ni,
Paling lawak watak yang kiri tu asyik sebut pasal cukai.. semua orang dalam panggung ketawa.

Tengok tu time pengambaran. Hero ni memang hebat. Adeh aje terseliuh pinggang kalau aku wat camtu. huhu..

Bukan setakat lawan2,scene cintan cintun pun ada gak,

Memang kena gandingan hero & heroinnya. Menyengat..


Mana satu penjahat? Pepandai korang lah teka..hihii..
Amcam.. nak tengok tak?

Wednesday, May 26, 2010

Korang tak puas mandi?

Harini sama macam semalam. Sharing2 email yang aku dapat jela gan korang. Letih nak menulis pasal diri sendiri. Pernah tak korang rasa tak puas mandi?
gambar ni takde kena mengena dengan tajuk dan gambar seterusnya.. sebab aku sentiasa puas mandi manda.. nak2 air sungai. fuh.. nyaman..sejuk.


Kalau ada yang tak puas mandi.. korang try la gi sini,
Kolam mandi yang terbesar di dunia di San Alfonso del Mar resort, Algarrobo (Pantai Barat Chile)

Panjang: lebih dari 1,013meter
Dalam: 115 kaki, 66 juta gelen air diperlukan untuk memenuhi kolam ni.
Tempoh pembinaan: 5 tahun
Kos pembinaan: 1 billion
Kos menyelenggara: 2 juta

Kolam ni betul2 menghadap laut.
Paling special dorang menggunakn kaedah baru untuk merawat air iaitu 'kaedah penapisan & pengklorinan'. Air akan dipam dari Lautan Pasifik dan dirawat sebelum dipam ke kolam. Suhu air dikekalka pada paras 26°C.
Suhu 9°C lebih panas dari air laut untuk digunakan pada cuaca yang sejuk.

Wah.. kalau pegi swim kat sini, mesti gian nak berenang nanti :p

Tuesday, May 25, 2010

Sape boleh lukis camni?

Sape kat sini pandai melukis?
Agak-agak boleh tak korang lukis gambar sebijik macam foto yang diambil? Bila tengok dengan mata kasar nampak macam foto.
Macam gambar-gambar kat bawah ni,

Gambar ni dilukis oleh David Kassan.
untuk lebih dekat lagi sila ke >> Diego Gravinese


Sebijik kan dengan foto yang dipegang oleh pelukis gambar ni?
Kalau lihat secara detail memang nampaklah cat warna yang datangnya dari berus seorang pelukis,


Termasuk potret ini juga, adalah dari David Kassan


Gambar ni pula telah dilukis oleh Alyssa Monks. Sila ke sini >> Smirk
Dan karya ini juga oleh Alyssa Monks,



Karya ni pula telah di ilhamkan oleh Bert Monroy. Sila ke sini >> Lunch in Tiburon

Manakala karya percikan air ini adalah dari pelukis yang bernama Eric Zener.

Sila ke sini >> Somersault,


Sila ke sini >> Taking Flight,

Monday, May 24, 2010

Hari Sabtu lepas, beli buku latihan Grammar.
Hari Ahad pulak memula ingatkan nak study kat perpustakaan negara...
tapi plan ditukar.. sebabnya..
Perpustakaan Negara agak jauh la jugak gan umah. Lagipun kene daftar kad keahlian dulu. Macam leceh la pulak kan.

Jadi ni jelah option yang ada.
Paling dekat gan umah dan senang nak gi. Free of charge.
Time ni cuaca memang panas,

Nasib baik ada 1 tempat yang sangat redup. Bawah rimbunan pokok ,
Bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran,

Time belajar mesti tekun. Jangan pulak sibuk-sibuk bersms,

Gila bersepah punya meja.. segala khazanah dan buku-buku aku angkut.. ekekekee..


Dekat 3 jam jugak aku study sambil wat latihan. Tak larat nak teruskan sebab kerusi takde penyandar. Sakit pinggang woo.
Menuju ke destinasi favret aku.. tapak jualan makanan.. nak gi mendapatkan sengkuang dan air ais.. leganya dapat menda tu di hari yang panas ni,
mesti korang tertanye2 mane dia pulak tapak jualan makanan?
kat ceruk alam mane pulak?
dalam gambar takde pun..
tu haa.. kat depan sinun..
cube teropong2 cikit.

Sebenarnya dah dekat seminggu aku mulakan sesi pembelajaran' English Grammar' ni. Untuk memantapkan lagi tahap penguasaan aku. Dalam seminggu aku cuba habiskan 2 buah buku latihan. Tiap-tiap malam aku duk mengadap buku.

Sape2 yang nak belajar tu ataupun yang tengah belajar. Jangan mudah putus asa. bila ditertawakan. Paling penting kena praktikkan apa yang kita pelajari. tu Untuk lebih mudah mengingati, cuba aplikasikan apa yang kita dah belajar dalam kehidupan seharian kita.

Monday, May 10, 2010

Aktiviti kegemaran di hari minggu

Setelah 5 hari penat bekerja.
Yahooo...
Hari Sabtu & Ahad lah hari yang paling best untuk melepaskan penat lelah bekerja..
Ni adalah antara aktiviti-aktiviti kegemaran aku pada hari minggu,

Mandi manda kat sungai,


Tengok movie,


Jalan-jalan sambil cari barang keperluan.

sambil berjalan kena buat 'aksi yang Hot' sikit. Wahahaa..


Duduk atas jalan tar.
Nga...Tidak.
Menikmati keindahan alam semulajadi,
sambil membelek pokok-pokok yang ada di sekeliling,


Tak cukup di situ, kat rumah pun masih membelek segala pokok-pokok yang ada.

Termenung di kolam sambil berfikir " laparnye.."

Nge.. tidak jugak..
berjogging sebenarnya.

Kalau tak jogging, jalan-jalan sambil menikmati panorama yang indah. Tengok itik-itik berkeliaran,

Duduk kat rumah tolong mak masak, sental lantai, siram pokok..
wah.. baik lah sangat :p
Duduk rehat di rumah sambil main gitar