Tuesday, October 19, 2010

MotorGP Sepang

Sori entry lapuk..
Ahad (9.10.2010)
Story pasal konvoi moto lagi.
Kali ni konvoi bersama Kelab Suzuki.

Bertolak dari rumah dalam pukul 8pagi stop kat meet point - stesen minyak lepas tol Sg. Besi.


Berderet moto Suzuki kat sini,
Kat sini jugak kena confirm kan kedatangan..
Lepastu dapat sticker, sarapan (nasi lemak + air nescafe) & t-shirt. (semua suzuki yang taja).


Lepas tangki dah full dengan nasik lemak..
Gerak gi Sepang, tapi berenti kejap kat tepi jalan.
Meet point untuk grop dari Selatan nak (Johor, Melaka & Seremban)

Semua peserta konvoi Suzuki lebih 200 orang.


Gerak reramai gi Sepang. Sampai je Sepang, tersekat dengan jem, bukan jem dengan kereta tapi jem dengan moto. Nasib baik Suzuki ade sediakan tempat parking khas. Selamat.. boleh cagu kaki nak cari parking masa sendiri. Dahlah panas terik.


Lalalaa.. bergaye bersame moto & t-shirt yg Suzuki bagi.

Tempat parking segala Belang2. eh.. sepatutnya kene pakai baju berbelang2 gak.. baru kena.. hahahaa


Bersusun Belang. pilihlah mane yang korang kenan... Belang dah tunjuk belang kat sini.


Lepas tu gerak ke booth Suzuki.. Fuyoo.. Banyak motor cantik2 dorang display kat area booth ni..




Dalam pukul 11 dapat tiket, kipas & tuala kecik. Kipas tu boleh buat kipas sate lepas ni..


Dalam pukul 1 petang sekali lagi menerjah booth Suzuki untuk amik makanan tengah hari yg disponsor oleh Suzuki. Nasi lauk ayam...

Panas terik masa ni,

Lepas makan.. meninjau balik motor kat booth.. korang jangan pikir aku meninjau gadis litar pulak. ekekee..

tetibe rase nak cat motor aku macamni.. hensem betol moto ni,


ni pun boleh tahan hensem,







Sekeping gambar dengan gadis litar pun aku tak amik..
Tak boleh sebab nanti gf aku jeles. Opss...
Dahlah dia nak ikot aku tak bagi, nanti lagilah dia naik hantu kalau nampak gambar aku dengan aweks2.. ahaks...

Masa ni tengah sengit dorang berlumba.corner baring lagi tu, kasi cecah lutut beb..  boleh tercicir kepala lutut.

Memasing kuar hp canggih.. merakam aksi corner baring.


Zoom ke arah Valentino Rossi, rasa nak kejar je dia mase ni. Nak saaainn.


Ape derang buat mase ni ek..?? Berenti makan tengah hari kot. hehehee


Siap kena ade orang sorong. hahahaaa..


Di sebabkan kepanasan dalam pukul 4 petang aku dah gerak balik dari Sepang dengan sorang member dari Kg Pandan. Pukul 6.30 sampai Cheras. Macam tak masuk akal je amik masa 2 jam setengah kan...
Semua sebab jem punya pasal...




Tuesday, October 12, 2010

Derma darah bersama Malaysian Bikers Community

Dah seminggu perap cerita ni. Ingat lagi tak? Hari Ahad (3.10.2010) yang aku gi konvoi derma darah bersama Malaysian Bikers Community (MBC) kat Pusat Darah Negara, KL.

Disebabkan aku tak bawak kamera masa tu jadi aku amik jelah gambar yang ada kat forum MBC. Nak tunjuk jugak kat readers betapa meriah & syoknye sesi menderma darah bersama MBC. Kalau sape yang suke konvoi motor tapi belum join MBC, Jomlah join.. MBC memang sempoi, semua kawan2 kat situ baik2 belaka, sporting, friendly & paling best takde diskriminasi. 
Nak join sila klik sini ==> Malaysian Bikers Community


Dalam pukul 8 lebih aku bertolak dari rumah menuju ke Pusat Darah Negara. Sampai aje sana, jumpa & borak2 kejap dengan kawan2 MBC. Lepas tu masuk dalam bangunan Pusat Darah Negara untuk buat test dulu (timbang berat, cek blood pressure dll), dorang nak pastikan layak menderma ke tak.. lepas dah pasti layak isi borang derma darah, dah abes isi amik nombor giliran.

Sementara tunggu turn darah nak kena sedut, macam2 gelagat boleh tengok kat sini,

Ade yang rileks macam tengah bersantai.. cool aje..

Ada yang tengah tahan sakit

sure korang takut nak kene cocok lepas tengok gambar ni...hahahaa

aku pulak? macam mamai... bukan mamai tapi tengah tahan sakit.

Mana taknya dua kali aku kene cocok. Memula aku mintak nurse cocok tangan kiri.. tapi nurse tersalah cocok sebab urat tangan kiri payah nak jumpe. Adess.. sakitnyee. Lepas tu nurse tu cakap dia nak cucuk tangan kanan pulak sebab tak jumpe urat tangan kiri.

2 kali nurse tu mintak maaf, mungkin dia rasa bersalah sangat. tapi aku tak kisah.. tetap cool.

Nak tunjuk kat korang ni.. moto idaman aku.. cantik kan?


Tahun 2009 punya Derma Darah ==> Pusat Darah Negara

Wednesday, October 6, 2010

Nana Cafe ade baguih

Entry harini bukan nak citer pasal kontroversi kesedapan capati sehingga menjilat pinggan kat Nana Cafe, Bandar Sri Permaisuri...Tapi pasal....



Jap..Jap...
Sebelum citer pendek kene pekena seteguk dua teh ais dulu, haus la pulak..


ABC dua, tiga sedut dulu..

Ok.. dah puas baru boleh citer.. ekekee...
Selalu kalau korang oder pe2 kat mamak opkoz dorang akan bagi korang sehelai kertas bertulis harge makanan yang korang order kan?
Tapi kat Nana Cafe ni dorang tak main daa pakai kertas..
Dorang canggih beb.. Pakai kad.

Aku curiga memula... pehal pulak dia bagi aku kad ni..

Udah...Kad keahlian ke kad hape ni.

Rupenye setiap kali ade pelanggan order makanan dorang akan key in item kat dalam sistem komputer.
Wow... Terkedu aku...


Bila nak bayar nanti, tunjukkan aje macamni.. Bergaye abes beb.
Berinovasi betul Nana Cafe ni.
Sekurang2nye takyahlah customer risau2 bil hilang kene terbang dek angin ke hape..kann..