Monday, March 22, 2010

Green Zone


Sabtu lepas aku gi tengok movie Green Zone lakonan utama hero favret aku, Matt Damon. Green Zone adalah filem aksi, diklasifikasikan sebagai 18PL. Filem ini ditulis oleh Brian Helgeland dan diarahkan oleh Paul Greengrass. Filem ini di inspirasikan daripada buku 'Imperial Life in the Emerald City' yang ditulis oleh Rajiv Chandrasekaran semasa beliau tinggal di Zon Hijau, Baghdad. Filem ini berani mengungkap skandal perang di iraq secara lebih terbuka.

Sinopsis:

Chief Warrant Officer, Roy Miller (Matt Damon) dan pasukan tentera darat dihantar untuk mencari senjata pemusnah (WMD) yang dipecayai disimpan di gurun Iraq. Malangnya setelah 3 kali, mencari di tempat seperti yang diarahkan, WMD tidak juga ditemui. Ini mendatangkan persoalan kepada Miller tentang maklumat yang diberikan mengenai WMD. Miller cuba mencari kepastian dan jawapan sendiri. Kemuculan seorang warga Iraq, Freddie (Khalid Abdalla) yang memberi maklumat kepada Miller telah banyak membantunya mencari bukti tentang kesahihan bukti mengenai WMD. Akhirnya Miller telah dapat merungkai segala misteri mengenai maklumat WMD. Sebenarnya WMD telah lama dimusnahkan pada tahun1991 dan fakta telah diputar belitkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri.


Secara keseluruhan aku bagi filem Green Zone ni 3/5 bintang..
Kira oklah.. aku suka filem aksi.

2 comments:

annfrendly said...

suke matt damon??
nie yg jeles nie...
hahahaa :P

*Dak kecikkk* said...

matt damon pojaan hati ku..
hahahaaaaaa
nak g tgok la cite ni.
inda pow suka filem aksi,tasuke filem jiwang2..