Dah seminggu perap cerita ni. Ingat lagi tak? Hari Ahad (3.10.2010) yang aku gi konvoi derma darah bersama Malaysian Bikers Community (MBC) kat Pusat Darah Negara, KL.
Disebabkan aku tak bawak kamera masa tu jadi aku amik jelah gambar yang ada kat forum MBC. Nak tunjuk jugak kat readers betapa meriah & syoknye sesi menderma darah bersama MBC. Kalau sape yang suke konvoi motor tapi belum join MBC, Jomlah join.. MBC memang sempoi, semua kawan2 kat situ baik2 belaka, sporting, friendly & paling best takde diskriminasi.
Nak join sila klik sini ==> Malaysian Bikers Community
Dalam pukul 8 lebih aku bertolak dari rumah menuju ke Pusat Darah Negara. Sampai aje sana, jumpa & borak2 kejap dengan kawan2 MBC. Lepas tu masuk dalam bangunan Pusat Darah Negara untuk buat test dulu (timbang berat, cek blood pressure dll), dorang nak pastikan layak menderma ke tak.. lepas dah pasti layak isi borang derma darah, dah abes isi amik nombor giliran.
Sementara tunggu turn darah nak kena sedut, macam2 gelagat boleh tengok kat sini,
Ade yang rileks macam tengah bersantai.. cool aje..
Ada yang tengah tahan sakit
sure korang takut nak kene cocok lepas tengok gambar ni...hahahaa
aku pulak? macam mamai... bukan mamai tapi tengah tahan sakit.
Mana taknya dua kali aku kene cocok. Memula aku mintak nurse cocok tangan kiri.. tapi nurse tersalah cocok sebab urat tangan kiri payah nak jumpe. Adess.. sakitnyee. Lepas tu nurse tu cakap dia nak cucuk tangan kanan pulak sebab tak jumpe urat tangan kiri.
2 kali nurse tu mintak maaf, mungkin dia rasa bersalah sangat. tapi aku tak kisah.. tetap cool.
Nak tunjuk kat korang ni.. moto idaman aku.. cantik kan?
Tahun 2009 punya Derma Darah ==> Pusat Darah Negara
3 comments:
kita penah kene amik darah... tapi derma darah x penah.. sbb darah kita pn x cukup.. besar ke jarum nyerr... takut nyerr... yg badan besar pn rasa sakit.. lagi kita2 yg mcm lidi nie... huhh.. seram gilerr..
best dapat derma darah..
satu pengalaman yang menarik dan dapat membantu yang memerlukan..
wah... erieq bagus lah penderma tegar tueeee hehehe
angah tak leh derma darah tak cukupppp
Post a Comment