Tuesday, September 28, 2010

Kelebihan menderma darah

Hanya menghabiskan masa satu jam santai & menyumbangkan darah setiap 2 bulan, bukan aje dapat memberikan rasa gembira kerana telah membantu orang yang memerlukan, bahkan memberikan manfaat yang banyak untuk kesihatan.

6 Kelebihan menderma darah:


1.Manfaat bagi hati manusia.
Peningkatan kadar zat besi dalam darah membuat seseorang  berisiko untuk menghidap penyakit jantung. Zat besi yang terdapat berlebihan dalam darah menyebabkan pengoksidaan kolesterol. Produk pengoksidaan akan disimpan di dinding arteri, meningkatkan kemungkinan serangan jantung dan angin ahmar. Menderma darah dengan teratur membantu untuk mengekalkan tahap zat besi dalam darah, sehingga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

2.Merangsang pengeluaran sel darah merah.
Menderma darah dapat mengurangkan jumlah sel darah merah dalam darah. Sumsum tulang akan mengisi semula jumlah sel darah merah yang hilang. Akibatnya darah penderma di-'refresh' setiap kali darah disumbangkan. Oleh itu, menderma darah membantu untuk merangsang pengeluaran sel-sel darah baru.

3.Membantu dalam penurunan berat badan.
Menderma darah adalah cara termudah untuk diet dan membakar kalori. Menyumbang sekitar 450 ml membantu untuk membakar sekitar 650 kalori dalam tubuh penderma. Dengan demikian ianya membantu dalam penurunan berat badan.

4.Membantu dalam menentang hemochromitosis
Hemochromitosis atau gangguan kelebihan zat besi adalah kelainan genetik di mana besi akan terakumulasi dalam jaringan tubuh. Punca utama dari masalah ini adalah metabolisme yang tidak benar dari zat besi dalam tubuh. Keadaan ini bahkan boleh menyebabkan kerosakan organ. Orang dengan kelebihan zat besi kecil, dengan mudah dapat menyumbangkan darah dan menurunkan kadar besi darah mereka. Hal ini akan membantu untuk melawan penyakit ini.

5.Membuatkan psikologi penderma diremajakan.
Menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada yang memerlukan, penderma memberikan kepuasan psikologi. Perasaan direvitalisasi dengan menyumbang darah secara teratur.

6.Penderma secara automatik diberi amaran penyakit serius.
Darah penderma diuji. Ujian meliputi HIV, hepatitis B, Hepatitis C, Sifilis dan malaria. Penderma akan dimaklumkan mengenai keputusannya jika menghidapi sebarang penyakit serius.

3 Oktober 2010 (Ahad) ni ada konvoi sempena kempen derma darah oleh Malaysian Bikers Community (MBC). Setiap tahun MBC akan jalankan aktiviti wajib ni di Pusat Darah Negara, KL
.
Tahun lepas punya konvoi => Pusat Darah Negara

Orang yang sihat kenalah derma darah...
Jom derma darah...

Friday, September 24, 2010

Merah hitam pilihan hati

Akhirnya warna merah juga menjadi pilihan. Dalam pencarian punya pencarian. Banyak kedai jugak aku survey tanye harga. Akhirnya kedai kat Bandar Sri Permaisuri jugak yang berbaloi kalau beli cash. Lagipun kedai tu yang dekat2 dengan umah. 
Masa tengok dalam katalog. Design baru kaler merah hitam tak cantik. Sebabnya. kepala moto tu fully black.. So aku pun aim nak booked kaler hitam kelabu.

Rupanya setelah aku tengok secara 'live' kat kedai. Baru perasan yang kepala moto belang kaler merah tu sebenarnya ade kaler merah..bukan fully black. Kontra dengan ape yang ditunjukkan kat katalog Suzuki. 

Ternyata merah lagi sempoi pada pandangan mata aku. Jadi tanpa berlengah, 'booked' Suzuki Belang kaler merah hitam. Insyaallah... kalau takde aral melintang, minggu depan boleh dapat.

Yang penting lepas ni kena kerja keras...

Thursday, September 23, 2010

Jus Markisa

Tak sia-sia aku beli & tanam pokok markisa ni. Dulu merata jugak aku duk cari pokok markisa ni.
Sape yang berminat nak tanam markisa, boleh rujuk entri lama di sini => Petolah & Markisa.



Banyak jugak pokok markisa ni berbunga tapi kebanyakkannya gugur.

Ni 1st time merasa buah markisa. Disebabkan sebijik aje yang ada, jadi buat jus markisa ajelah.

Belah markisa,


Macamnilah rupa dalamnye, kuarkan isinya..

Masukkan dalam mug + gula,

Comel kan? comel macam Pakteh dia. Ahaks :p
Nak tolong ke? kite yang buat air.. dia yang lebey eksited...


Bebalik pade motip utama, Jus markisa.  Masukkan air +ais dalam mug,

Kacau2..

dan sedia untuk dinikmati...
 Sedap.. Terangkat woh.

Wednesday, September 22, 2010

Jus Terbaik

Cube korang teka, Jus ape ni??
Haaa.. jus temikai?
Adeh.. asal kaler merah aje korang duk bantai teka ni jus temikai..

Ape?? hundred pelas+sirap ros?
Lagik ler bukan..mentang2lah aku pakai gelas cap 100plus..
sasuke hati korang aje mau tuduh aku campur 100pelas gan sirap ros... hahahaaa
ade ke sesiape yang pernah campur 100plus gan sirap ros..?
Sedap ke? Kalau sedap bagitaulah.. nak gak aku cube.

Jus dalam gelas 100pelas tu sebenarnya Jus Malberi..
iYer..
Masihkah kau ingat...
Kita basah bersama...
ehhh....tu macam lagu aje..

Ingat tak? Dulu kan aku duk sibuk menanam pokok malberi kat umah.
Entri sini => Hobi Baru & Sini => Tanaman di Rumah

Nilah hasilnya





Walaupun tak lebat macam rambut aku, syukur woh.. dah jugak buat jus yang sedap dan takde dijual kat warung mak jah...

Kalau nak buat segelas besar jus malberi, sikit aje malberi yang diperlukan. Kalau nak buat 1 jag banyak ni, memang tak cukuplah. Sebesen malberi baru cukup kot.


Ok tuan puan..Kita teruskan pada agenda utama.. Mari membuat jus malberi. Memula masukkan malberi, air & gula dalam blender..


Kalau nak jus malberi yang Ummph.. Blend dengan ais sekali.  Kalau blend korang takleh blend ais.. jangan memandai korang nak letak ais.. aje jahanam blender mak korang. Sape pulak nak ganti? Kalau nak jugak blend gan ais, pi beli blender sendiri. Nak blend batu gan kayu pun boleh.. tade sape nak marah korang kalau rosak..heheheee


Hasilnya...

Jemput minum,

Seeedapnyeeee.. memang umphh..
Jom tanam malberi bebanyak kat umah.
Boleh minum jus malberi selalu.

Esok...
Jus Markisa pulak. Tungguuu..

Monday, September 20, 2010

Survey Suzuki Belang

Lama betul tak update blog. Mana taknya.. Sejak bertukar kerja, masa memang tak cukup. Isnin-Sabtu kerja. Baru sebulan lebih aku kerja kat ofis baru.

Rasanya belum terlewat lagi nak wish 'Selamat Hari Raya' kat sesape yang menyinggah blog ni. Hujung bulan ni mesti banyak open house. Part yang paling disukai.. MAKAN.hahaa...

Disebabkan hari Ahad aje yang off day, jadi semalam masa tu digunakan untuk survey motor idaman. Suzuki Belang. Sebenarnya dah lama pasang angan-angan nak beli motor tu. Sejak dari berenti merokok lagi aku dah bajet nak beli motor tu. Kalau tak smoking, dekat RM200 lebih boleh save.

Dari Sentul sampailah ke Cheras aku gi survey harga Suzuki Belang. Malangnya, kedai moto kat Sentul tutup pulak hai Ahad. Jadi balik ke Cheras. Sebelum memulakan survey, gi pekena kuey teow fabret kat Jusco dulu. 

Nilah kuey teow fabretku, sebulan mesti dalam 2-3 kali pi pekena.

Ni gefprenku punya makanan, Tako Tao. Perisa Octopus. Suke sangat dia makan benda alah ni. Dia cakap sedap sebab ade rasa asap. Pelik aje bunyinye. Makan jelah asap bas kalau camtu..hehee

Nasib baik kedai2 moto kat Cheras bukak. Semua kedai yang aku gi bukak. Memula aku gi kedai Kok Brother, sebelah The Courts Jalan Cheras. Kat situ ade moto belang, tapi design yang lama. Design baru kalau nak order kena tunggu dalam 5 hari.

Ni design lama, aku berkenan yang kaler merah.

Kalau design baru aku berkenan yang kaler hitam,

Lepas dah puas hati interbiu staff kedai tu, aku gerak pulak ke Taman Sri Permaisuri. Main terjah aje.. Padehal tak tahu pun ade ke tak kedai moto kat situ. Nasib baik ade sebuah kedai moto dekat area shop lot yang dekat dengan 'Kayu Nasi Kandar'. Kat situ adelah design yang baru, kalau nak order dalam 2-3 hari. Setelah kira punya kira, harga kat kedai ni lagi berbaloi dari kedai 1st.

Tapi tak puas pulak hati kalau gi 2 kedai je kan. Nama pun survey harge.. busuk2 pun mesti 10-20 buah kedai kena singgah. Tu baru namenye survey harga kannn. Jadi singgah pulak Taman Tenaga. Cantekk kedai yang aku singgah tu memang ngam2 pengedar moto Sizuka.. eh Suzuki. hehehee.

Erm.. harga yang dorang tawarkan memang berbaloi2 dari kedai 1st & 2nd. Tapi free gift semua sama aje, helmet, rain coat & safety lock. Aku baca kat forum, ade kedai kat Johor siap bagi alarm sebagai free gift. Tapi kat KL ni tak jumpe pun kedai yang bagi free gift macamtu.

Last sekali aku gi terjah kedai moto kat area umah. Mana tau yang dekat lagi berbaloi. Setelah dibandingkan harga dengan kedai kat Taman Tenaga. Julat harge bunga adelah sebanyak RM600. Banyak gak tu. Tapi masa masih banyak lagi. Semalam setakat 4 buah kedai aje yang sempat aku gi, sebab cuaca panas terik. Tak tahan woo..

Minggu depan nak survey lagi harga. Sesiape yang tau kat kedai mane yang ade harge best & free gift yang best.. Jangan lupe roger2 ek. Kalau boleh bulan depan jugak aku nak beli Belang. Dah tak sabar lagi. Kalau takleh beli bulan depan, paling lewat pun target nak beli bulan 11 ni.. Mintak2 lah tercapai.