Monday, November 29, 2010

Chicken Chop RM6.50

Seperti yang dijanjikan..


Chicken Chop RM6.50,

Memang sedap, gravy boleh mintak tambah lagi. Walaupun kedainye biasa2 aje. Servis terbaik.. jap je dah dapat makan.

Kepingan isi ayam yang rangup bersama mashed potato, roti, fries & salad.



Beef Steak & Lamb Chop RM8, Chicken Chop & Fish n Chips RM6.50,

Mana ni?
Kampung Pandan.
Lokasi?
Sila cari sendiri ;p

Friday, November 26, 2010

Grilled Chicken Chop n Fish & Chips

Salam Jumaat Semua..
Disebabkan harini hari yang agak santai sebab esok coti. Jadi jom ar relax2 mate korang dengan makanan nih kat Santai Cafe, Permaisuri.


Grilled Chicken Chop

Set A (sekali dengan jus tembikai) RM 16.50 (err.. kalau tak silap..kalau salah ampun..)




Fish & Chips (sekali dengan jus tembikai RM 14.50 rasenye.hahhaa. Lupe ar harge yang spesipik)


Malam nanti boleh ar korang terjah Santai Cafe ni.

Memang puas hati..

Isnin ni entry pasal Chicken Chop lagi.. Harga murah punye.. RM6.50 sepinggan.. siap dengan salad, roti & mashed potato lagi.. boleh mintak kuah extra lagi. huahua.. Terbaek.. 
Kat mane? 
Tunggu entri Isnin K...

Thursday, November 25, 2010

Cheras - PJ - Sg. Congkak

Ahad lepas dalam pukul 10 pagi dah gerak dari Cheras gi Jaya 33, PJ untuk sesame memeriahkan Charity Carnival. 



Macam2 kolej menjayakan event kebajikan ni.. Kolej tempat aku kerja pun turut serta.
Ni boothnya & rakan2 sekerja aku...



Macam2 gerai ade, kebanyakkannye gerai makanan.. rambang mate woo tengok makanan. tapi hotdog ni je yang aku sempat amik gambar..Opss.. makanan lain terlupe nak amik gambar le.. enjoy sangat makan.. tu yang lupe.




Meriah kaler belon tu,


Balik je dari event tu menyasar aku ke sentul tapi patah balik cheras.. Tetibe rase nak pegi Sungai Congkak.
Sampai je Sungai Congkak terus singgah kedai makan, capai nasi lemak singgit..



Memang terbaik ah makan kat sini sambil menikmati desiran air sungai.. Nyaman & sejuk je walaupun matahari terpacak atas kepale.


Memang panas terik punye bukan olok2..Panas tapi sejuk. Sape ade umah kat sini memang best ah..

Kedai makan ni betul2 tepi sungai..
Weh.. korang yang tak pernah makan kat sini cube ar.. best woh.


Disebabkan keadaan yang menyamankan. selere makan jugak agak nyaman..hahaha..


mane cukup sebungkus nasi lemak jer kan..kan...harus tambah sebungkus chipsmore ;p 



Jemput makan.. nyamm..nyamm...

HuaHuaHua.. ahad yang memenuhkan perut.

Thursday, November 18, 2010

Layan Sengkuang kat Permaisuri

Hujung minggu,  bile blur tak tau nak buat ape, start moto gi Permaisuri.

Beli air & sengkuang. Makan sambil tengok ragam orang yang lalu lalang.

Sengkuang. Sedap woh.. Nesti beli sengkuang kat sorang akak tu.


Yang lori putih tu. Sengkuang yang beli kat situ sedap & boleh buat pinggan. Lebar betul sengkuang tu.
Setiap kali beli sengkuang, mesti pesan kat akak tu jangan letak sos banyak. Haha.. nasib baik akak tu sporting.

Ingat.Ingat..Lori putih = Sengkuang sedap + lebar pingan



Time aku gi ni awal lagi.. agak2 lewat petang tu.. penuh parking ni. sume jual makanan. Macam2 adaaa..
Aiskrim, sate ikan, kebab, buah potong, steamboat. Juleng mate tengok makanan sedap2.



Orang pun tak ramai. Kalau lewat petang, sure punye payah nak jumpe meja & bangku kosong.


Datang awal aman.. merata meja kosong.


P/S: Selamat Hari Raya Aidiladha...

Thursday, November 11, 2010

Kolam kat Times Square

Harini aku bukan nak complaint pasal service kolam renang kat times square yang tak memuaskan?
Eh..buat2 lupe lak. Kat times square mane de kolam renang kan. Otel Berjaya sebelah atas tu adelah. Ish..Ni sume tade kene mengena dengan otel tu. Kang terkejut pulak sanak sedare bile tau aku dah memandai check-in,check-out otel nih..wahahaa..

Kolam yang dimaksudkan ni sebenarnye kolam yang berwarna-warni,
Yer.. walaupun kolam ikan ni kelihatan berwarna-warni dengan kehadiran ikan & bunga-bungaan tapi bukan kolam ikan yang dimaksudkan.


tapi....
Kolam,

Ye..Nilah kolam yang aku maksudkan tu. Korang tau ke idak benda ni di panggil sebagai kolam??
Yang tak tau, meh sini nak bagitau..
Kolam (Tamilகோலம் kõlaṁ) is a form of sandpainting that is drawn using rice powder by female members of the family in front of their home. It is widely practised by Hindus in South India. A Kolam is a geometrical line drawing composed of curved loops, drawn around a grid pattern of dots.
Paham tak.. tetibe aku termenyamar sebagai Mat Saleh pulak.. hahahaa..

Cantikkan..Meriah dengan warna. Nak buat ni boleh tahan susah. Bayangkan nak kene susun beras ikut corak tu, tak ke renyah kejenye tu kan. Boleh tertido sambil membuatnye :p



Tuesday, November 9, 2010

Aku & Si Dia @ Cameron Highlands Pt 4

Part yang paling last pasal Cameron.
Asik tunjuk gambar bunga, pokok & si dia je dalam entri2 yang lepas. Kali ni pulak nak tunjuk kat korang ahli2 MBC yang sporting abes..
'Kami yang macho bersame moto yang hensem'


Ahli2 MBC yg menyertai 'offical ride to cameron highlands'.



barisan jentera MBC,



aku tengah termenung dekat mase ni.. hahahaa

hensemkan kami...

keadaan masih terkawal,

Semua dah ilang kawalan time ni.. Setelah menyedari Cameron terpaksa kami tinggalkan,

Ahli MBC semuanye sporting & friendly,



Kita minum dulu,

















Dalam perjalanan balik aku ditugaskan sebagai sweeper/last man untuk jage kebajikan ahli MBC.








Bulan 12 ni ada konvoi ke Penang pulak. 
Insyallah.. kalau takde aral melintang nak join jugak.
Boleh borong jeruk bebanyak kat Penang nanti :p
Sape2 yang suke konvoi moto & nak berminat nak join Malaysian Bikers Community (MBC), boleh lah daftar sebagai ahli disini ==> MBC
Jomlah, besttt.